CHILIRACE
"Chilirace" is a competition of individual planting chilli at home as their own creativity. It is organized to foster their interest in agriculture as well as a hobby to fillspare time and also benefit the idle space at home.........
Please click on members page to see details. To update your page please email to creative.agro.networks@gmail.com. Please click on PAGEVIEWS to see your page stat.

Recent update

PIC OF THE WEEK

Friday, July 8, 2011

Haadi's Project


Semaian pertama bertarikh : 22/6/2011
(1)10 pokok cili api (2)10 pokok bendi hijau (3)10 pokok terung panjang
Tambahan semaian pada 25/6/2011
(1)10 pokok cili padi (2) 10 pokok cili merah
Benih disemai antara 2-3 biji untuk satu pot dan disiram 2 kali sehari ( awal pagi dan lewat petang). Semua semaian diletakkan di kawasan yang redup (terlindung daripada hujan dan cahaya panas matahari )

25/06/2011 : 6 daripada 10 benih bendi hijau yang disemai telah mula bercambah (mengambil masa kira-kira 3-4 hari untuk bercambah setelah disemai)
Benih cili dan terong tidak menunjukkan sebarang perubahan.. ade orang kata benih cili ni mula bercambah dalam 6-7 hari...kadang2 berminggu-minggu....

Ujikaji no 2 bertarikh 26.06.2011
3 pot disediakan untuk proses penyemaian biji benih jenis cili padi.
Pot no 1 (kiri), 5 biji benih disemai betul2 diatas permukaan tanah penyemaian.
Pot no 2 (tengah), 5 biji benih disemai dan ditanam pada kedalaman lebih kurang 1cm.
Pot no 3(kanan), 5 biji benih disemai dan ditanam pada kedalaman lebih daripada 2cm.
Prsoses penyemaian adalah sama seperti semaian terdahulu.Yang berbeza adalah kedalaman biji benih yang disemai/tanam.


Tak taulah ujikaji no 2 untuk cili ni jadi ke tak...yang pertama pun lum jadi lg...hahaha


Akhirnye... semaian cili pertama telah berjaya bercambah bertarikh 5/7/2011. Mengambil masa antara 7-14 hari untuk bercambah.
1) 2 daripada 10 bercambah untuk cili api
2) 2 daripada 10 bercambah untuk cili padi
3) 4 daripada 10 bercambah untuk cili merah
Note : yang besar2 tu anak pokok bendi yang telah bercambah sejak 25/06/2011 yang lalu.

Akhirnye Ujikaji n0 2 pun telah berjaya. benih mula bercambah pada tarikh 5/7/2011. Dianggarkan mengambil masa 10hari untuk bercambah.
Kesimpulan:
Pot no 1 : Benih bercambah tapi keadaan fizikal agak mencurigakan.
Pot no 2 : Proses pencambahan agak lewat sedikit berbanding Pot no 1
Pot no 3 : Pencambahan seiring dengan Pot no 2 dengan keadaan fizikal anak pokok lebih baik berbanding Pot no 1 dan Pot no 2
(Sila rujuk pic. no 3 : Ujikaji no 2 bertarikh 26.06.2011)

46 comments:

  1. nampak beno menipu.... aku kire lebih dari 3puloh nih.. pandai kire ... kang faizal imam muda kasi hadith akibat menipu baru lu tau...

    ReplyDelete
  2. lagi 20 aku lum isi lagi...ptg ni nk amik kat umah paizal...
    sampai kira aku nye pasu eh...TAKOT ke...

    ReplyDelete
  3. boleh cambah ke pokok ko.. hahahah... kering je aku tengok...

    ReplyDelete
  4. dia pakai tanah bako tu pasal kering...

    ReplyDelete
  5. satu benih bendi aku dah start cambah petang semalam..
    No register : BH03-611

    haaaaaaaaaa......ade I.C no tu pokok aku...

    ReplyDelete
  6. adi, bendi bart xnak apdet kat cni, kite
    penternak2 ekstrem dipinggirkan

    ReplyDelete
  7. tanam pakai tanah kubur...baru menjadi...amir rjalwk yg ckp..haha

    ReplyDelete
  8. nie kalau jadi nie sekilo brape?leh runding harge tak??

    ReplyDelete
  9. tu Amir raja lwk yg ckp, tapi plak Jambu ckp "sabun di bilik mandi sabuuunnn..."

    ReplyDelete
  10. harga leh runding tertakluk pada kitaorang nye Admin/group...

    ReplyDelete
  11. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa itu fertigasi boleh refer ke : http://mohdashraf.com/v1/pertanian/cili-fertigasi/

    ReplyDelete
  12. ko tanam cili fertigasi bg dekat2 sket dgn ko nyer lavendar.. biar dia brintegrasi.. nnt dh besar bau dia harum.. 2 taun lg dh bleh jual kt Kipmart guna nama "Cili Harum Haadi".. ha3.. cam haram..

    ReplyDelete
  13. jgn cili sri x jadi

    ReplyDelete
  14. usaha tangga kejayaan...

    "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan."
    HR. Imam Ahmad

    ReplyDelete
  15. petua....kalo nak cepat tumbuh siram dgn air basuhan beras or air basuhan ikan...wat baja katanya...

    ReplyDelete
  16. orait bosss... ade lebihan air basuh beras tolong simpankan eh...

    ReplyDelete
  17. idea yg bagus....teruskan usaha mewarnai bumi kita...

    ReplyDelete
  18. kalo dlm beberapa hr lagi pokok lada tak tumbuh gak..maknanya...tangan panas...tak serasi...mungkin serasi tanam bendi jerrrr kotttt...hahaha

    ReplyDelete
  19. nk ke? kitaorang nk bukak bisnes ni...kalau ade lebih kat umah, simpankan la...boleh wat benih hahaha

    ReplyDelete
  20. Panduan penanaman lada


    Langkah pertama
    Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
    Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

    ReplyDelete
  21. Langkah Kedua
    Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
    Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

    ReplyDelete
  22. Langkah Ketiga
    embajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.
    Batas

    penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
    penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 – 150 sm
    jarak antara batas : 60 –100 sm
    antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir

    ReplyDelete
  23. Langkah Keempat
    Meletakkan sungkupan

    Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga
    Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
    Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.
    Penyemaian dan penyediaan anak benih

    ReplyDelete
  24. Langkah Kelima
    Biji benih

    200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
    Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).
    Kaedah penyemaian

    Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
    diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
    Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
    Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
    Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
    Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.

    ReplyDelete
  25. Langkah Keenam
    Pengubahtanaman

    Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
    Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
    Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
    Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
    Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat.

    ReplyDelete
  26. Ni copy paste dari mane lak nih...cerita mcm dah ada ladang...power ni...
    TQ..hehehe..

    ReplyDelete
  27. pehh.. power2... dah berapa ladang lada nih? heheheheh...

    ReplyDelete
  28. Langkah Ketujuh
    Penyiraman

    Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang

    Pembajaan

    Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
    Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
    Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
    Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
    Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
    Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
    Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.

    ReplyDelete
  29. Langkah Kelapan
    Penyiraman

    Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang

    Pembajaan

    Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
    Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
    Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
    Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
    Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
    Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
    Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.

    ReplyDelete
  30. Kesembilan
    Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit

    Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
    Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
    Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
    Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.
    Pungutan hasil
    Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.

    ReplyDelete
  31. Pengalaman....Ayah kan penanam cili yg berjaya kt segamat...hahha...tu shahril...jgn jelous dgn adi..

    ReplyDelete
  32. ko menanam depan umah maroo jek..xyah pakai pasu..jimat..haha

    ReplyDelete
  33. depan rumah maroo ade ular...silap2 gajah pun ade..hahaha...

    ReplyDelete
  34. adi siap ade assistant, mcm ni kene suruh bini aku buat kajian gak, wahahaha

    ReplyDelete
  35. takde perubahan pon...gambo sama jer...

    ReplyDelete
  36. Anak benih dah bercambah...skang nk standby racun serangga nk jaga anak2 pokok ni....ade sesape yg boleh bg idea x???

    ReplyDelete
  37. kao pakai racun parakuat ke raundup ke utk elakan serangga ......jamin terang

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. ni la xtvt ko ek lepas jari patah??? kah2

    ReplyDelete